Khamis, 27 November 2008

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu
Apa guna ketuanan jika hanya kuasa
Apa guna tanah jika tidak diguna
Apa guna di atas jika bangsa sengsara

Ku lihat layu dalam Melayu
aku jarang di hadapan
aku malu mengakui kebenaran
aku bangga membuat kerosakan

Ku lihat layu dalam Melayu
kawanku berlainan bangsa
diguna kuasa mengaut harta
ketuanan sudah disalah guna

Kulihat layu dalam Melayu
Melayu itu sopannya malu
selalu malu bila diaju
suka mengikut terburu-buru

Ku lihat layu dalam Melayu
darah nenek moyang kita hargai
namun perjuangan ini berbeza sekali
keris disimpan kitab dijunjung tinggi

Ku lihat layu dalam Melayu
arus laju yang semakin menggoda
jangan biarkan bangsaku dihina
Melayu takkan hilang di dunia
tiada guna kewujudan jika tidak dirasa

Kulihat layu dalam Melayu
Kulihat layu dalam Melayu
Jangan biarkan Melayu menjadi layu.......

DiN
28 Nov 2009
Al-fatihah untuk arwah atuk nenek yg mengubah kami dari keluarga pesawah. Amin.

Rabu, 26 November 2008

Selamat datang-Welcome-willkommen-歡迎-bienvenue

Alooooo Setelah smggu baru la aku ada masa nak bukak balik blog ni. bz mcm hanjeng. hanjeng pun x bz mcm mak pak hanjeng.

apa2 pun welkem la sapa2 yg dah baca blog aku. actually this is not my first blog. aku dah ada blog kat spaces msn. dan blog tu aku sorang ja bleh baca. privasi maaa. hahaha. tapi pasai rmai member2 ada blog kat sini. so aku cuba la nak bekarya kat blogspot plak.

ni dah pkui 9mlm. tadi baru nak call bang long pasai dia grad hari ni. tapi aku call lewat sgt kot pkui 145pagi kat msia. dah tidoq la tu esok nak kerja. nak buat camna, balik lewat hari ni. present pasai lab project aku. tiba2 aku rasa best plak present walaupun aku rasa byk miss point time cakap tadi. takpa2, bleh improve cakap lagi. nak cakap atas stage ni yg susah sket. kalo bagi aku bass bleh la jgak goreng depan lecturer aku. goreng sampai hangit.



Apa2 pun, tak payah segan2 la nak hantar comment apa ker. buat blog ni mcm umah sndri. pandai makan pandai la basuh pinggan. Hahaha.



Sebagai penutup mukadimah ini, mai la kita sama2 nyanyi lagu geli mat yg aku dah layan sejak 2 tahun lepas. Adios~

Karam Singh Halia

1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu baker elah
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak sehari takkan jadi kumpulan Cecupak
10. Gajah mati meninggalkan gading,datuk k mati meninggalkan ‘K’duniaan
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula mengira 1..2..3..Rider Kick’s
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi, biar sampai ke pangkal tut tut
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang...bisu
17. Hidup segan, mati che tak tau...
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu, cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang, lama-lama benang habis la
21. Jika kail panjang sejengkal, tepian market hendaklah diduga
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu, melintang pukang, menegang pegang
24. Hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia mata je bulat
28. Masuk kandang kambing mengembek, baik tak payah masuk kandang
29. Bagai kacang lupakan kulit, dah kacang buat plastic surgery
30. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi katakan sudi-sudikan lah…

Selasa, 18 November 2008