Terlepas aku nk raya kat obersea tahun ni hahahaha
Sila2 yer komen
Isnin, 14 September 2009
Jumaat, 11 September 2009
"Kisah seorang nomad" Part 1
Oh rasanya dah 4 bulan tidak diupdate page aku neh gara2 exam, eurotrip n blk msia. Biasa la kt umah masa mula2 balik takder internet lagi. Kami kat jitra masih menggunakan burung merpati untuk menyampaikan msg dan surat kepada rakan2 di daerah lain. Baiklah aku tengah semangat nak bercerita pasal eurotrip yg seriously ni lifetime experience punya sbb aku gerak solo 36 hari.
-Basic route masa kat europe from manchester-frankfurt-istanbul-kobenhavn-praha-rome-bangkok-jitra
Kejadian ni bermula ketika aku gatal2 tangan beli interrail pass 1 bulan. Interrail pass ni satu tiket kereta api yg membolehkan aku naik mana2 train kat europe secara percuma (excluding certain hi speed & night train yg kena bayar sikit surcharge) price 399euro. After dah set date nak gerak 23 May 2009 which is 2 days after exam, so mula la terbayang2 nak travel sorang2. Mula2 mmg cuak la, yelah ni kerja org gila ja buat.
-Ni la tiket interrail yang seriusly aku akan simpan bagi cucu aku tgk!-
Abis ja paper 21 May (ada satu ja paper sem lepas, yg len smua project based course) balik umah n trus start packing barang2 umah sbb nak pindah next sem. Time tu mmg tak igt penat dah dah terbayang2 nak berjalan sorang2. Lupa nak bagitau, decision nak gerak sorang2 ni sebab smua member2 aku tak abis exam lagi ada 4 org ja chemical engineering yang amik minor environmental technology (I'm the only malaysian). Mostly yg len abis around 9June, malas nak menunggu so aku just go for it. Lagipun dah janji dgn member2 manchester nak jmpa kat Praha (prague) and jmpa member2 kms kat amsterdam. Igt lagi time tu aku still ada coursework nak kena hantar kelam kabut aku abiskan.
Day 1
Pagi 22 May yang dijanjikan tiba. Aku keluar umah pukul 8 pagi time tu Hazwang tak tido lagi aku passkan kunci umah kat dia, hantar coursework kat nani (footballer ManU) umah sebelah then pi main library pulangkan buku yg aku pinjam utk coursework (padahal takda guna pun). Aku naik bas dari Manchester mengharungi dingin pagi yg beku ke London pukul 0915. Time tu dah start summer season where pkul 3 dah cerah. Bas agak penuh and ada chinese sebelah aku yg aku assume cina mainland. naik bas ja tau2 la trus tido. Hahaha. letey gila kowt. Sampai London Victoria dalam pukul 315 kot mmg dah lambat coz kat tiket tulis pukul 1445then kena amik next bas ke Dover pukul 1530. Berlari jugak aku pi tempat departure station kat Victoria tu sbb dah lambat. Dover ni port utk pi France. Slalu aku naik ferry ja nak pi France coz eurostar is too expensive for me and aku tak pernah naik flight dlm europe (SUKAnya nak tunggu2, buh luggage pastu ada boarding apa kejadah ntah)
Kali ni bus smoothly la tapi sejam jgak nak kluar dari London. Ada pakcik tua dah maki2 takut lambat ok la tu sampai 1830 lambat 10 minit ja. Ok then dari Dover naik ferry pukul 1945. Oh yeah imigresen kat europe is too simple takder nak check2 mcm sini. Coz diorang dah consider EU tu as 1 country. Kiranya UK-France tu mcm Kedah perlis la. Nak tembus imigresen mmg takda masalah langsung.
-Dover-
Igt lagi time tu cuma ada 2 org ja foot passenger including me. Perjalanan sejam setengah ja tapi sampai Calais ( pronounced as kaˈlɛ) pukul 2215 as France is 1 hour ahead time difference from UK. Mamat sorang lagi yg foot passenger tu pun aku tegur2 la. Standard ahh jln sorang2 ni mmg kena banyak tegur org kalo tak nanti mati tengah jalan sbb boring tak tau nak buat apa. Mamat Louis ni kerja car park n duduk kat kg area2 selatan calais. Sempat jgak belajar sket2 bahasa french dgn dia. dah tumpul french setahun tak cakap. hahaha. Sampai ja calais member loius dtg amik naik keta. aku pun jalan kaki sampai train staion (gare) yg dekat bandar setengah jam jgak jln coz takda bus mlm2. Time jln tu aku tgh biasakan lintas jln tengok kiri instead of kanan; europe car driver kat kiri. Sampai ja station dah tutup; mana aku nak tido?!?!?
Dengan muka selamber aku pun patah blk pi pusat bandar (centre ville) makan kebab kat kedai turkey. Harga 7.50 euro agak mahal berbaloi la dia letak byk kebab. mngantuk punya pasal aku trus patah balik train station, bukak sleeping bag n tido depan station tu. Time tgh lepak2 tu ada la keta parking kat disabled punya tempat. Pastu siap ada polis mai saman lagik! Imagine la pukul 3 pagi camtu bleh plak ada polis rajinnya.
Day 2
0530 23 May 2009 train TER 601. Ni la first train aku for this eurotrip from Calais to Amiens (amjɛ̃ ) then to Paris Nord sampai pukul 1130. Aku dah sampai Paris (paʁi ) tahun lepas dengan wakpai capau n dibah so tak banyak jln2 sgt. Lagipun aku still not in the mood of travelling sbb time ni still tgh pikir pasal coursework yg dateline 25May although aku dah bagi kat nani suruh tolong hantarkan. Cincai sangat coursework tu. Hahaha. So jalan2 sekitar station Nord ja then makan kebab ayam kat depan traffic light simpang tu. Time jln2 ni byk makan kebab or ikan jer. Paling kuat pun makan burger fillet-o-fish. Sini bukan malaysia maaa mana nak cari makanan halal senang2.
Pukul 1719 aku pun patah balik to Amiens nak catch train pi Lille. dah janji dgn Ann nak jmpa dia mlm tu. Disebabkan kebodohan aku pun tertido sedar2 dah pukul 8 mlm aku termiss connection train to Lille. Lagi bangang sedar2 train tu dah stop kat lajak sket dari station. aku sorang2 ja dlm train. Maunya tak gelabah aku bengong punya conductor train tak kejut aku bangun. Mula2 igtkan train berenti biasa ja. Tapi jln2 tgk mmg takda sapa2 dah dlm train. Nak bukak pintu train pun tak boleh sbb dah off. Nasib la ada pintu train yg terbukak so tgk kiri, tgk kanan fuh2 takda train lalu. Aku pun lintas landasan tu masuk ikut office dia apa ntah. Check2 mesin dah takda direct train to Lille from Amiens. So aku naik connection bus (free) pi Haute Picardie then amik TGV to Lille Europe. Lambat tu tak kisah sgt tapi terpaksa bayar harga full ticket 18.60euro sbb kaunter dah tutup n only bleh bli tiket kat machine. Kalo bli tiket kat kaunter with interrail need only to pay 3euro for TGV (hi speed train for France).
Sampai Lille Europe pukul 2238 disambut oleh Ann and the gang. Straight aku pi drop off kat jeff's place dah la hujan time otw but tak sejuk macam kat manchester. Sampai umah Jeff dlm pukul 1120. Sgt2 letey n lapar then masak kebab yang aku take away from paris tadi n buat air teh. Time tgh makan tu borak2 la dgn jep pasal eurotrip aku ni. Mamat ni pun org nomad jgak rupanya. haha. Byk la aku mintak pendapat dia n at that time la aku dapat inspiration nak pi Sarajevo so aku pun start la build proposed route for eurotrip and Jep mmg byk idea nak tolong. Dia cakap most train details bleh dpat from german website bahn.de. Reservation pun better buat dlm Germany later. Pukul 3 pagi baru aku tido lepas berborak panjang dgn Jeff. Sedar2 dah pukul 12 lebih itupun dah set alarm tapi tak sedar. Jep tido bilik sebelah yg datang tutup. mmg letih sgt looo.
-keyboard kat france which is different sgt2-
Day 3
Ann and Jim dtg dlm pukul 1300. Time tu aku still blum mandi. Then trus bangun dari katil and mandi while they're waiting at Jeff's room. Jeff had cook nasi and daging masak hitam. After mandi we lepak2 and makan together. Jeff asked me to ratah jer daging to coz later in europe its going to be less meat to eat. Jeff do suggest me to go to Ghent or Brugge both in Belgium. Rugila tiket interrail aku if aku tak pakai satu hari pi mana2.
Pukul 1608 aku gerak pi Ghent which is nearer than Brugge from Lille. Pkul 1632 dah sampai stesen Torcuing (border France-Belgium). Dah takder border mmg takda kena turun2 cop pasport smua. Mmg senang. and train also is more convenient in europe but still not in Malaysia. From what i heard it almost no coach (bus express) in France and Germany. Sampai Ghent aku pun start la berjalan2 for almost a day follow sungai besar kat sini. It is really beautiful where they managed to keep most ancient and historical building still standing. Mula2 lepak depan train station ada 2 awek lawa tgh melukis. Hahaha.
Centre town dia agak jauh from train station where i did follow the river to reach the centre. Tgk2 jam dah pukul 1930 and bleh consider sesat sorang2. So aku tanya org local kat sana direction pi train station and diorang suruh aku follow landasan tram. Last2 sampai jgk train station. Pukul 8 lebih aku balik Lille but this time kena tukar naik bas kat Moucoun sebab tgh renovate railway. Sampai stesen Lille Flandres (about 500m from station Lille Europe) aku terus jln blk umah Jeff. Salah tekan loceng. Haha. Ada 4 butang spatutnya umah dia number 3 tapi aku pi tekan 1 & 2. Mengong2 abis kredit aku terpaksa call dia. Tak banyak aktiviti mlm tu coz esok pagi nak gerak pi tempat Wannoi. Makan2 and kemas bag siap2 trus tido.
-Lots of bicycle at Ghent train station-
-Story continued..... part 2 Lille-Luxembourg-Köln-Frankfurt-Fussen-München
Langgan:
Catatan (Atom)