Khamis, 27 November 2008

Ku lihat layu dalam Melayu

Ku lihat layu dalam Melayu
Apa guna ketuanan jika hanya kuasa
Apa guna tanah jika tidak diguna
Apa guna di atas jika bangsa sengsara

Ku lihat layu dalam Melayu
aku jarang di hadapan
aku malu mengakui kebenaran
aku bangga membuat kerosakan

Ku lihat layu dalam Melayu
kawanku berlainan bangsa
diguna kuasa mengaut harta
ketuanan sudah disalah guna

Kulihat layu dalam Melayu
Melayu itu sopannya malu
selalu malu bila diaju
suka mengikut terburu-buru

Ku lihat layu dalam Melayu
darah nenek moyang kita hargai
namun perjuangan ini berbeza sekali
keris disimpan kitab dijunjung tinggi

Ku lihat layu dalam Melayu
arus laju yang semakin menggoda
jangan biarkan bangsaku dihina
Melayu takkan hilang di dunia
tiada guna kewujudan jika tidak dirasa

Kulihat layu dalam Melayu
Kulihat layu dalam Melayu
Jangan biarkan Melayu menjadi layu.......

DiN
28 Nov 2009
Al-fatihah untuk arwah atuk nenek yg mengubah kami dari keluarga pesawah. Amin.

1 ulasan:

Munky itu Hanjeng berkata...

melayu melayu..sumanya melayu..
melayu itu melayu..
melayu akan layu..
melayu itu melayu..
melayu itu akan malu..
aku ada post pasai melayu..check it out..chewahhh..